MOHD Hashim ketika sidang media. FOTO Fariz Iswadi Ismail
MOHD Hashim ketika sidang media. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N01 Sungai Air Tawar, Selangor.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, SPR sudah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh Tseow Suan mengenai kekosongan luar jangka kerusi berkenaan pada 18 semalam.

"Dalam perkara ini, Speaker memaklumkan kekosongan itu tidak menjejaskan kekuatan majoriti yang membentuk Ahli DUN Selangor.

"Oleh itu, SPR memutuskan tiada PRK diadakan bagi mengisi kekosongan itu berdasarkan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRK Tanjong Datu di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Kerusi berkenaan kosong selepas Kamarol Zaki Abdul Malik, 58, meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.

Kamarol Zaki yang juga bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar memenangi kerusi DUN Sungai Air Tawar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu apabila menewaskan calon Pas, Wahid Rais dengan majoriti sebanyak 1,416 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 3:04 PM