Tindakan kerajaan Singapura memperkenalkan caj jalan raya (RRC) yang dikuatkuasakan pada 15 Februari depan dianggap melulu dan tidak munasabah.
Tindakan kerajaan Singapura memperkenalkan caj jalan raya (RRC) yang dikuatkuasakan pada 15 Februari depan dianggap melulu dan tidak munasabah.
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Tindakan kerajaan Singapura memperkenalkan caj jalan raya (RRC) yang dikuatkuasakan pada 15 Februari depan dianggap melulu dan tidak munasabah malah disifatkan sebuah 'gesture' provokasi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata ketika ini pun rakyat Malaysia yang menetap di Johor Bahru dan bekerja di republik itu sudahpun menanggung kos perjalanan keluar masuk ke Singapura sebanyak RM145.08 sehari.

"Dengan penambahan caj baru pada 15 Februari ini, mereka terpaksa membayar sejumlah RM165.05 bagi perjalanan pergi dan balik ke Singapura.

"Pergerakan Pemuda UMNO Johor sebulat suara membantah tindakan kerajaan Singapura memperkenalkan caj timbal balik kepada kenderaan asing khususnya disasarkan kepada pemandu Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selama 44 tahun Kerajaan Singapura memperkenalkan caj permit masuk kenderaan (VEP).

"Kita di Malaysia tidak pula terlalu sensitif dan melatah dengan mengenakan caj timbal balik kepada mereka," katanya.

Sehubungan itu, pergerakan itu mendesak kerajaan pusat campur tangan dan berdialog bersama Kerajaan Singapura untuk mencapai satu kata sepakat di dalam mengakhiri sandiwara 'Victim Playing' kerajaan Singapura ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 10:46 AM