Antara rumah yang musnah dalam kebakaran itu. FOTO Ihsan Bomba
Antara rumah yang musnah dalam kebakaran itu. FOTO Ihsan Bomba
Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Lapan rumah di Taman Seri Putra Kampung Cina, Kuala Kedah, di sini, musnah dalam kebakaran, 5 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Nur Hafizah Muhammad Lukman, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.07 pagi dan jentera pertama dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kuala Kedah tiba seminit kemudian.

Menurutnya, tiga pegawai dan 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar terbabit dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

"Seramai 45 anggota PBS dari PBS Kampung Berjaya, Seberang Nyonya, Taman Mutiara, Simpang Empat, Tanah Merah dan Bukit Pinang turut membantu memadamkan kebakaran itu.

"Api berjaya dikawal jam 5.35 pagi tadi dan operasi masih dijalankan untuk memadamkan kebakaran sepenuhnya," katanya.

Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 10:57 AM