Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Alor Setar: Sembilan rumah kedai dua tingkat di Jalan Tunku Abdul Halim, Kampung Baru di sini, hangus terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 1.13 tengah hari.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dikerah ke lokasi dan tiba jam 1.22 tengah hari.

"Operasi diketuai Ketua Balai BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah," katanya pada kenyataan.

KEBAKARAN membabitkan sembilan buah rumah kedai di Kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Halim.FOTO Ihsan bomba
KEBAKARAN membabitkan sembilan buah rumah kedai di Kampung Baru, Jalan Tunku Abdul Halim.FOTO Ihsan bomba

Operasi turut disertai Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Alor Mengkudu, Seberang Nyonya, Mutiara, Jalan Kundor, Kilang Tebu, Kuala Kedah, Simpang Empat, Kampung Berjaya, Kota Sarang Semut dan PBS Kampung Baru Rangkaian Simpang Empat.

Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini kerja-kerja pemadaman masih berjalan.

"Peratus kemusnahan juga belum dapat dipastikan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Disember 2020 @ 3:37 PM