Asrama yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Asrama yang terbakar. FOTO ihsan bomba
Hazsyah Abdul Rahman


Telupid : Asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tongod terbakar menyebabkan 61 murid dan dua warden hilang tempat menginap, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, murid berusia 7 hingga 12 tahun terbabit kini pulang ke rumah masing-masing selepas diambil oleh ibu bapa dan ahli keluarga.

Difahamkan, turut hilang tempat tinggal dua warden asrama masing-masing lelaki dan wanita.

Sebelum kejadian, murid kesemuanya sedang makan di dewan sebelum dikejutkan dengan kebakaran.

Pegawai Pertahanan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid Adrian Dauli ketika dihubungi, sebentar tadi berkata, seramai 29 murid lelaki dan 32 murid perempuan dilaporkan menginap di asrama berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Rantey Fred berkata, lima anggota dengan sebuah jentera dihantar lokasi berkenaan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.37 petang, tadi.

€œApabila tiba, didapati bangunan asrama sudah musnah. Api kemudiannya berjaya dikawal pada jam 9.33 malam tadi.” katanya.

Katanya, kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2017 @ 11:45 PM