PENIAGA,  Fatimah Ismail, 45, membersih halaman kedai runcitnya selepas banjir semakin surut di Kampung  Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik  Omar
PENIAGA, Fatimah Ismail, 45, membersih halaman kedai runcitnya selepas banjir semakin surut di Kampung Rantau Panjang. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terus menurun kepada 10,217 orang, berbanding 10,770 orang, pada tengah hari.

Menurut portal ebanjir Kelantan mangsa banjir membabitkan 3,934 keluarga ditempatkan di 19 PPS.

Mangsa tertinggi masih direkodkan di daerah Pasir Mas iaitu seramai 6,175 orang membabitkan 2,343 keluarga ditempatkan di 11 PPS.

Di daerah Tumpat jumlah mangsa banjir kekal Tumpat seramai 4,015 orang ditempatkan di tujuh PPS diikuti Pasir Puteh turut kekal seramai 27 orang.

Bacaan Sungai Golok masih melepasi paras bahaya iaitu 9.28 meter (m) namun semakin menurun berbanding 9.34m.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 January 2017 @ 5:25 PM