GELAGAT  petugas media dan agensi pelancongan ketika pertandingan.
GELAGAT petugas media dan agensi pelancongan ketika pertandingan.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) nyata lebih hebat apabila berjaya mempamerkan aksi mantap untuk menjuarai pertandingan bowling persahabatan Tourism Malaysia Negeri Sembilan-Media di Mydin Mall Seremban 2, baru-baru ini.

LMNS mengumpul keseluruhan jatuhan pin 1,850 dalam permainan tiga pusingan manakala RTM Negeri Sembilan di tempat kedua dengan mengumpul 1,560 jatuhan serta tempat ketiga milik gabungan kelab pelancongan yang mengumpul 1,490 jatuhan pin.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan hamper manakala tempat kedua RM200 serta hamper dan ketiga RM100.

Seramai 60 peserta termasuk dari agensi dan kelab pelancongan menyertai pertandingan itu yang bertujuan mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain.

Pengarah Tourism Malaysia Negeri Sembilan Ahmad Husni Ahmad Basri berkata, pihaknya puas hati dengan penganjuran pertandingan itu kerana bukan saja dapat merapatkan hubungan malah mendapati ramai pemain bowling berbakat termasuk dalam kalangan petugas media.

Menurutnya, pertandingan itu juga dapat memberi peluang kepada wakil agensi kerajaan untuk membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan bowling peringkat jabatan 2017 terutama kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) 2017.

“Saya yakin pertandingan ini juga dapat mengasah bakat dan memberi peluang kepada beberapa pemain menjadikannya sebagai latihan persiapan menghadapi beberapa kejohanan peringkat jabatan akan datang.

“Tourism Malaysia Negeri Sembilan akan menjadikan pertandingan seperti ini satu acara tahunan sebagai aktiviti memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan khususnya jabatan ini,” jelasnya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 9:27 AM