SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan pada Pertandingan Bowling Tertutup JKKKP Parlimen Tanjong 2018.
SEBAHAGIAN peserta bergambar kenangan pada Pertandingan Bowling Tertutup JKKKP Parlimen Tanjong 2018.
Rudy Syareme Sheriffudin

Georgetown: Aksi mantap Azmin Saad dari Bahagian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Deli membolehkannya muncul juara keseluruhan kategori lelaki Pertandingan Bowling Tertutup JKKKP Parlimen Tanjong 2018 di Penang Bowl, baru-baru ini.

Azmin berjaya mencatat 512 jatuhan pin dalam permainan tiga game mengalahkan Edy Asrol Md Isa (Jalan Ranggon) dengan 450 jatuhan pin dan Mohd Shahzrul Ahmad (Persisir Maccalum) dengan 443 jatuhan pin.

Kategori wanita pula dimenangi Noornazira Abdul Razak (Jalan Ranggon) dengan 412 jatuhan pin diikuti Wan Nor Athirah Azmin (Kampung Deli) dengan 376 jatuhan pin dan Nor Syafiqah Muhammad Nor (Sri Tanjong) dengan 351 jatuhan pin.

Sementara itu, kategori berpasukan dimenangi Media Jemputan dengan 1,627 jatuhan pin diikuti Jalan Ranggon di tempat kedua dengan 1,538 jatuhan pin dan Kampung Deli di tempat ketiga dengan 1,458 jatuhan pin.

Pengerusi penganjur Khairudin Mustafa Wan berkata, kejohanan julung kali diadakan itu bagi memupuk semangat perpaduan dan silaturahim antara ahli JKKKP di seluruh bahagian Tanjong dan pemenang membawa pulang hamper setiap seorang.

“Sebanyak 16 pasukan mengesahkan penyertaan termasuk satu pasukan Media Jemputan dan sambutan diterima memang mengalakkan.

“Kejayaan acara ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dengan pelbagai hadiah lebih menarik disediakan buat pemenang,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Penganjur II Hamzah Mohd Ismail dan majlis penyampaian hadiah disampaikan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Februari 2018 @ 3:28 AM