MAYAT Suhaimi ditemui dalam stor peniaga goreng pisang.
MAYAT Suhaimi ditemui dalam stor peniaga goreng pisang.
Oleh Alias Abd Rani


Petra Jaya: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengiring dengan kesan luka di kepala dalam stor milik seorang peniaga goreng pisang di Bandar Baru Samariang, tengah hari tadi.

Mayat Suhaimi Ibrahim, 26, ditemui pemilik stor dikenali sebagai Akbar berusia 27 tahun ketika mahu memulakan perniagaan pada 12.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, mayat ditemui lengkap berpakaian tanpa kasut dalam keadaan mengiring.

"Polis menerima maklumat sebelum menggerakkan anggota ke lokasi terbabit. Pasukan forensik tiba dan siasatan tidak menjumpai sebarang senjata.

"Mayat kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. Siasatan masih dijalankan dan polis menunggu laporan hospital bagi mengenalpasti punca kematiannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Disember 2014 @ 5:06 PM