KENDERAAN itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pokok sebelum terbalik. FOTO ihsan bomba

Oleh Junaidi Ladjana

Keningau: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut manakala abangnya parah selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dinaikinya yang terbalik secara mengiring di Kilometer 22, Jalan Keningau-Sook berhampiran Kampung Kebulu, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa Rubyatul Herman, 5, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya Jumar Herman, 22, parah dan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, empat lagi yang menaiki kenderaan pacuan empar roda itu hanya mengalami cedera ringan.

Difahamkan, mangsa bersama abangnya duduk di ruang belakang kenderaan dalam perjalanan dari Tawau ke Keningau untuk menjual ikan lalu kenderaan itu hilang kawalan dan merempuh pokok sebelum terbalik secara mengiring.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, akibat kejadian itu, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan tersepit manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 11:49 AM