AHMAD (empat dari kanan) yang merasmikan Ride Solo Motor Klasik Jelajah Semenanjung Malaysia 2016  menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kojeq (tiga dari kiri), semalam.
AHMAD (empat dari kanan) yang merasmikan Ride Solo Motor Klasik Jelajah Semenanjung Malaysia 2016 menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kojeq (tiga dari kiri), semalam.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Taiping, Hishamuddin Md Rashid, 45, memulakan Ride Solo Motor Klasik Jelajah Semenanjung Malaysia 2016, di sini, semalam, dengan menunggang motosikal klasik secara solo dengan jarak perjalanan sejauh 2,187 kilometer (km) ke 12 negeri sempena mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 (TMP 2017).

Hishamuddin atau nama samarannya Kojeq menggunakan motosikal klasik Honda S90 tahun 1974 dalam misi solonya menjelajah seluruh Semenanjung.

Dia dilepaskan dalam satu majlis khas oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Ahmad Shalimin di pekarangan pusat beli-belah Angsana Mall, di sini, semalam.

Kojeq berkata, sesi jelajah itu anjuran bersama Skuad Muda 1JPJ Perak dengan sokongan kerajaan negeri.

Mengulas mengenai persediaannya dalam misi itu, Kojeq berkata, dia mengambil masa tiga hari untuk jelajah Semenanjung Malaysia menggunakan kereta bagi meninjau laluan perjalanan yang akan ditempuhi sebagai persediaan dan membuat persiapan selama hampir empat bulan dari segi kertas kerja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Disember 2016 @ 10:46 AM