WOODS masih belum putus asa. -FOTO AFP
WOODS masih belum putus asa. -FOTO AFP
AFP

New York: Tiger Woods masih berharap untuk bermain satu kejohanan setiap sebulan sepanjang tahun ini, walaupun mempunyai batasan fizikal berikutan kemalangan kereta 2021.

"Saya mempunyai tiga bulan, tiga kejohanan utama dan semoga ia berjaya," kata Woods.

Juara utama 15 kali itu menarik perhatian ramai di Masters bulan lalu, tetapi melakukan 16 di atas par 72 lubang, catatan tertinggi dalam kariernya dan menamatkan saingan di kedudukan terakhir di kalangan 60 pemain golf yang beraksi di Augusta National.

Walaupun begitu, Woods menyatakan dia tidak sabar untuk mengharungi Kejohanan PGA di Valhalla pada 16 Mei, Terbuka AS di Pinehurst pada Jun dan Terbuka British di Royal Troon di Scotland pada Julai.

Jika Woods boleh mengendalikannya ia akan menandakan kali pertama sejak 2019 dia bermain dalam semua empat kejuaraan utama.

Untuk melakukan perkara itu dia perlu memberi perhatian khusus terhadap pemulihan fizikalnya.

"Saya berendam dalam air sejuk setiap hari," kata Woods mengenai rawatan untuk badannya yang sakit selepas Masters.

Untuk bersaing, Woods berkemungkinan berdepan dengan pemain nombor satu dunia Scottie Scheffler, yang menyasarkan gelaran Masters keduanya dan kemenangan keempat musim ini di RBC Heritage seminggu kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2024 @ 9:20 AM