KETIBAAN Kojeq (hadapan, tiga kiri) diraikan di hadapan Daratan Warisan Taiping hari ini. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.
KETIBAAN Kojeq (hadapan, tiga kiri) diraikan di hadapan Daratan Warisan Taiping hari ini. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi.
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Penunggang motosikal klasik, Kojeq atau nama sebenarnya, Hishamuddin Md Rashid yang dalam jelajah solo merentas 12 negeri Semenanjung Malaysia tiba Dataran Warisan, di sini hari ini.

Hishamuddin, 52, menamatkan jelajah solonya pada 3 petang tadi dengan jarak 2,000 kilometer dalam tempoh tujuh hari.

Beliau berkata jelajah solo kali kedua yang dijayakannya selama tujuh hari dengan jarak 2,000 kilometer, sedikit mencabar apabila dia hampir terbabit kemalangan akibat besi shaft lengan motosikalnya patah dan menyebabkannya terbabas.

"Jelajah solo kali ini amat mencabar kerana motosikal kerap rosak selain berdepan cuaca ekstrem kerana musim tengkujuh.

"Ketika shaft motosikal patah, saya hilang kawalan dan hampir terbabit kemalangan, namun syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ditemui media.

Ketibaan Kojeq disambut Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mir Khairol Hafizal Mir Idris dan Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Kamarulzaman Kamari.

Kojeq sebelum ini menjayakan jelajah dengan motosikal sama jenis Honda S90 (1974) pada 2016.

Beliau yang juga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Taiping bangga apabila berjaya membuktikan motosikal lama atau klasik masih lasak dan mampu menjelajah Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 10:46 PM