ANGGOTA penyelamat menjalankan operasi SAR mangsa berumur 17 tahun yang dikhuariti lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Aru 3, Kota Kinabalu. FOTO Mohd Amin Arinin
ANGGOTA penyelamat menjalankan operasi SAR mangsa berumur 17 tahun yang dikhuariti lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Aru 3, Kota Kinabalu. FOTO Mohd Amin Arinin
Ardyhansah Amat


Kota Kinabalu: Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika berkelah bersama keluarga di Pantai Tanjung Aru, di sini, tengah hari ini

Mangsa, 17, dikatakan hilang ketika mandi bersama adiknya, pada 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama ahli keluarga lain ke lokasi kejadian untuk berkelah.

"Mangsa kemudian mandi di kawasan pantai berhampiran bersama adiknya. Bagaimanapun, adik mangsa naik ke darat untuk berehat manakala mangsa pula masih mandi seperti biasa," katanya.

Kehilangan mangsa hanya disedari adiknya sebaik tiba di darat.

"Operasi mencari dan menyelamat mula dilakukan, pada kira-kira 1 petang, sebaik kami menerima aduan kehilangan mangsa daripada kakak iparnya.

"Sehingga ini, operasi mencari mangsa berdepan cabaran apabila keadaan laut ketika ini berombak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2016 @ 7:10 PM