LELAKI bersedih kerana kematian ahli keluarganya akibat gempa bumi 7 Disember lalu. FOTO AFP
LELAKI bersedih kerana kematian ahli keluarganya akibat gempa bumi 7 Disember lalu. FOTO AFP
Detiknews

Jakarta: Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) memaklumkan lapan lagi mangsa korban akibat gempa bumi Aceh masih belum dikenal pasti identitinya.

Ketua Pusat Data, Informasi dan Perhubungan Awam BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, daripada 100 yang terkorban, 92 sudah dikenalpasti identiti, manakala lapan lagi belum dapat disahkan.

“Setakat ini 724 orang cedera dengan 135 parah dan 589 cedera ringan.

Jumlah rumah rosak pula sebanyak 11,681 dengan 2,930 daripadanya rosak teruk,” katanya.

Tambahnya, 23,231 mangsa yang terselamat dari daerah Pidie Jaya dan Bireuen masih ditempatkan di pusat pemindahan.

Sutopo berkata, pasukannya masih mengumpul data dan maklumat di daerah terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 7:08 PM