Team Online Metro


Kuala Lumpur: Gol sepakan menarik Mohd Faiz Subri berada dalam 10 senarai akhir pencalonan Anugerah Puskas tahun ini diletakkan selaku calon pra pemenang oleh peminat bola sepak luar negara.

Jaringan memukau pemain Pulau Pinang itu mendapat undi tertinggi - muncul pendahulu mengatasi sembilan calon lain dengan 38 peratusan undian poll ‘Siapa Patut Menang Anugerah Puskas 2016’.

Poll dilakukan oleh sebuah akhbar United Kingdom (UK), hari ini.

Berada kedua tertinggi adalah Mario Gaspar (15%) serta dua bintang Barcelona Lionel Messi (14%), Neymar (10%) dan pemain Wales Hal Robson Kanu (8%) diikuti serta beberapa lagi.

Faiz meledak gol menarik bertemu Pahang Februari lalu membantu Pulau Pinang mengatasi Pahang 4-1 dalam perlawanan Liga Super.

Undian menerusi talian untuk Anugerah Puskas mula dibuka malam tadi menerusi http://www.fifa.com/the-best-fifa-football-awards/puskas-award/index.html.

Semua 10 senarai akhir dikumpul dari ribuan gol cantik dikumpul bermula dari 30 September 2015 hingga 30 September tahun ini.

Tiga calon terakhir anugerah diketahui pada 2 Disember depan.

Tahun lalu Wendell Lira dari kelab Brazil, Goianesia ditabalkan pemenang mengatasi Messi dan Alessandro Florenzi (AS Roma).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 1:01 AM
Poll dibuat sebuah akhbar UK.
Poll dibuat sebuah akhbar UK.
Faiz dahului undian siapa paling layak raih Anugerah Puskas. FOTO HM
Faiz dahului undian siapa paling layak raih Anugerah Puskas. FOTO HM