LALUAN Jalan Teluk Bahang-Batu Ferringhi kini dibuka semula. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
LALUAN Jalan Teluk Bahang-Batu Ferringhi kini dibuka semula. FOTO Shahnaz Fazlie Shahrizal
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Laluan Jalan Teluk Bahang-Batu Ferringhi yang ditutup akibat cerun runtuh dan jalan merekah sejak 7 November lalu dibuka semula untuk semua lalulintas mulai hari ini.

Laluan untuk kenderaan ringan dibuka pada 7.30 pagi manakala untuk semua kenderaan akan bermula 12 tengah hari.

Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati keadaan lalulintas berjalan lancar disamping terdapat dua anggota Rela mengawal lalu lintas.

Kejadian cerun runtuh di Jalan Teluk Bahang-Batu Ferringhi berhampiran kawasan Tropical Spice Garden telah menyebabkan lalulintas terhalang apabila satu lagi cerun runtuh tidak jauh dari runtuhan pertama.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah merangka jalan penyelesaian iaitu langkah segera dan tindakan jangka masa panjang bagi membaiki semula cerun berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 9:46 AM