FOTO ihsan pembaca.
FOTO ihsan pembaca.

Kota Bharu: Tujuh individu dipercayai pemandu pelancong dikhuatiri terperangkap di kawasan Taman Negara Gunung Stong, Jeli.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kehilangan itu oleh orang awam yang mengunjungi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, 2.30 petang tadi.

Katanya, ketika ini sepasukan anggota sedang dikerah ke sana dan usaha menyelamat akan dilakukan mengikut pintu masuk di Lubok Bangor.

"Anggota sedang berusaha ke sana. Bagaimanapun kita juga mengalami kesukaran akibat banjir dan ketika ini mereka tersangkut di Kampung Reka kerana air naik.

"Perlu tunggu bot pula untuk melalui kawasan dinaiki air," katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan semua pendaki terbabit berpengalaman mendaki kawasan Gunung Stong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 4:30 PM