Seorang lelaki dikhuatiri sesat di Gunung Stong, malam tadi.
Seorang lelaki dikhuatiri sesat di Gunung Stong, malam tadi.
Muhamaad Razis Ismail
razis @hmetro.com.my

Kuala Krai : Seorang lelaki dikhuatiri sesat dalam perjalanan turun selepas mendaki Gunung Stong, 7 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai menerima panggilan kecemasan pada 7.19 malam.

Katanya, empat anggota bersama seorang pegawai operasi diketuai oleh Ketua BBP Kuala Krai Mohd Hanif Che Khalid ke lokasi kejadian.

"Maklumat awal diperoleh, mangsa dikenali sebagai Mohd Ramzan Mohd Ghazali dikatakan terpisah daripada kumpulannya ketika dalam perjalanan turun selepas mendaki Gunung Stong.

"Maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 8:53 AM