Madius (enam dari kanan berdiri) bergambar bersama pemenang pada majlis penyampaian anugerah Kecemerlangan penyelidikan dan inovasi 2016 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. FOTO Syarafiq Abd Samad
Madius (enam dari kanan berdiri) bergambar bersama pemenang pada majlis penyampaian anugerah Kecemerlangan penyelidikan dan inovasi 2016 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat. FOTO Syarafiq Abd Samad
Ibrahim Isa


Batu Pahat: Kerajaan terpaksa menangguhkan penghantaran angkasawan negara kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bagi memberi laluan pembangunan produk saintifik yang boleh menjana pendapatan rakyat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, buat masa ini kerajaan memberi keutamaan kepada perkara yang lebih penting untuk rakyat terutama produk saintifik yang boleh menjana pendapatan.

Menurutnya, buat masa ini kementeriannya mempunyai agenda menterjemahkan produk penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan sebagai penjana kekayaan negara melalui proses pengkomersilan.

"Kerajaan mempunyai tanggungjawab lebih besar dalam membangunkan negara dan mendahulukan keperluan rakyat keseluruhan.

"Program kajian serta penyelidikan berkaitan mikro graviti, penghasilan satelit kedua negara dan pengukuhan infrastruktur berkaitan kajian elektromagnet seperti yang ada di Bangi masih dilaksanakan," katanyaselepas majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi 2016 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly dan Dekan Pusat Pembangunan dan Penyelidikan UTHM, Prof Dr Rosziati Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2016 @ 8:28 PM