WAHID Razzaly. FOTO ihsan UTHM
WAHID Razzaly. FOTO ihsan UTHM
Mohamad Fahd Rahmat


Batu Pahat: Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dr Wahid Razzaly dilantik sebagai Naib Canselor UTHM bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa Jumaat lalu hingga 2 Mac 2020.

Dalam kenyataan daripada Bahagian Perhubungan Awam UTHM, pelantikan dibuat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar yang juga Canselor Universiti, selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti.

"Profesor Dr Wahid, 58, adalah anak kelahiran Selangor, pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Dekan Pusat Pembangunan Akademik dan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

"Selepas penamatan tugas Naib Canselor terdahulu, beliau diberikan kepercayaan oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTHM, bermula pada 16 Oktober 2016.

"Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini disandang oleh Prof Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin yang tamat tempoh pelantikannya pada 15 Oktober lalu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 10:40 AM