DATUK Dr Wahid Razzaly. FOTO ihsan UTHM
DATUK Dr Wahid Razzaly. FOTO ihsan UTHM
Essa Abu Yamin


PROFESOR Datuk Dr Wahid Razzaly dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 15 April 2020 hingga 14 April 2022 di sini, hari ini.

Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM, Wahid Razzaly, 61 mula menjawat jawatan Naib Canselor UTHM pada 3 Mac 2017 bagi menggantikan jawatan yang sebelum itu disandang oleh Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin.

Katanya, anak kelahiran Selangor itu pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Dekan Pusat Pembangunan Akademik dan Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

"Sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor, beliau sudah membawa beberapa pembaharuan dalam membentuk hala tuju universiti, termasuk membangunkan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) demi melahirkan graduan yang berkualiti dan menjadikan UTHM sebagai salah satu universiti teknikal yang terkemuka, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2020 @ 5:55 PM