KEADAAN banjir di tepi Sungai Rek. Lata Rek adalah kawasan air terjun yang terkenal di Kelantan. Bumbung yang kelihatan adalah gerai menjual makanan. Ia berhampiran Kampung Laloh, iaitu lebih kurang 30 km dari Bandar Kuala Krai. FOTO ihsan pembaca

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

Kota Bharu: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Gua Musang dan Jeli kembali dibuka selepas tiga kawasan di jajahan itu dinaiki air.

Ia menjadikan keseluruhan 60 PPS beroperasi di lapan jajahan.

Jumlah mangsa terkini yang ditempatkan adalah 16,081 orang berbanding 18,079 orang pagi tadi.

Portal eBanjir Kelantan turut merekodkan empat sungai berada pada paras bahaya berbanding hanya Sungai Golok di Rantau Panjang sebelum ini.

Sungai Galas di Dabong 39.27 meter, Sungai Lebir di Tualang (37.96m), Sungai Kelantan di Tangga Krai (27.27m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang (10.43m).

Kilometer 37 Jalan Jeli-Dabong dan Jalan Masuk Aring 8 dan 9 di Gua Musang ditutup menjadikan 10 laluan ditutup setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Disember 2014 @ 7:49 PM