KEADAAN air laut yang melimpah di sekitar Pantai Rekreasi Punggur. FOTO Essa Abu Yamin
KEADAAN air laut yang melimpah di sekitar Pantai Rekreasi Punggur. FOTO Essa Abu Yamin
Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Beberapa kawasan di Punggur, Rengit di Batu Pahat dinaiki air sejak 9.30 tadi akibat fenonema air laut pasang besar yang bermula hari ini.

Bagaimanapun tinjauan sekitar kira-kira 1 tengah hari tadi mendapati paras air masih terkawal.

Seorang penduduk Othman Aziz, 52, berkata, keluarganya kini dalam keadaan berjaga-jaga dengan perkembangan fenomena alam itu ditambah pula dengan hujan kadang-kadang lebat.

"Air laut setinggi 3.2 meter ke kawasan tebing pantai akibat susulan ombak besar menyebabkan kawasan kedai berhampiran ditenggelami air pada 9.30 pagi tadi, " katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM), Staf Muda Syahir Zahari ketika dihubungi berkata, paras air laut yang melimpah masih dalam terkawal namun pihaknya sentiasa memantau dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 3:00 PM