KEADAAN kereta dinaiki Ratenah (gambar kecil) yang terbabit dalam kemalangan di Rengit, Batu Pahat, hari ini.
KEADAAN kereta dinaiki Ratenah (gambar kecil) yang terbabit dalam kemalangan di Rengit, Batu Pahat, hari ini.
Mohamad Fahd Rahmat


PESARA guru terbunuh selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan Perodua Axia yang hilang kawalan dalam kemalangan di Kilometer 96, Jalan Johor Bahru-Melaka, Rengit , Batu Pahat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dalam kejadian 4.20 petang, mangsa Ratenah Emam, 64, maut serta-merta di lokasi kejadian akibat parah pada anggota badan.

Katanya, mangsa yang memandu Perodua Kelisa dalam perjalanan dari Rengit menghala ke Kampung Punggur, Batu Pahat.

“Sampai di tempat kejadian, Perodua Axia dari arah bertentangan hilang kawalan lalu bertembung dengan kenderaan mangsa.

“Akibat itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), esok,” katanya.

Menurutnya, pemandu Perodua Axia berusia 19 tahun yang cedera dimasukkan ke HSNI untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Mac 2018 @ 11:57 PM