FOTO ihsan MEX
FOTO ihsan MEX
Mohd Husni Mohd Noor


Cyberjaya: Maju Expressway (MEX) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna lebuh raya sempena Hari Deepavali yang akan disambut esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MEX berkata, pemberian diskaun itu akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuh raya bermula 12 tengah malam ini sehingga 11.59 malam 29 Oktober.

Menurutnya, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai tol diskaun dan laporan trafik melalui akaun Twitter dan Facebook MEXTraffic atau hubungi MEX Hotline di talian 03-83159111.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 4:16 PM