Diskaun tol sentiasa diberikan Lebuhraya MEX ketika hari perayaan.
Diskaun tol sentiasa diberikan Lebuhraya MEX ketika hari perayaan.
Siti Fatimah Nasir


MAJU Expressway Sdn Bhd (MESB) akan memberi diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna Lebuhraya Maju (MEX) sempena sambutan Hari Natal, 25 Disember ini.

Pemberian diskaun 10 peratus ini akan dinikmati oleh semua kelas pengguna lebuh raya itu bermula jam 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam.

Dianggarkan lebih 108,000 kenderaan bakal menikmati diskaun ini.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh hubungi MEXTraffic Twitter, MEXTraffic Facebook atau hubungi MEX Hotline di 03-83159111.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2017 @ 6:13 PM