GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Asrizal Aris


Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah membuat sebarang cadangan atau syor untuk memberi ganjaran dalam bentuk kewangan kepada orang awam bagi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, cadangan atau syor sedemikian boleh menjejaskan keselamatan orang awam dan berkemungkinan mereka akan bertindak di luar batasan undang-undang serta menyebabkan implikasi negatif dalam masyarakat.

"JIM juga menafikan kenyataan berkaitan cadangan membenarkan majikan yang memerlukan pekerja asing untuk terus datang memilih di tempat tahanan," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Mustafar berkata demikian bagi mengulas isu beliau mengeluarkan kenyataan berkaitan ganjaran yang ditawarkan JIM untuk orang ramai yang membantu menangkap PATI.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 5:32 PM