Mior Faridalathrash (tengah) menunjukkan heroin yang dirampas. FOTO Hadzlihady Hassan
Mior Faridalathrash (tengah) menunjukkan heroin yang dirampas. FOTO Hadzlihady Hassan
Hadzlihady Hassan


Georgetown: Pengedar dadah ditahan polis dalam satu serbuan di Paya Terubong, di sini, semalam.

Dalam serbuan 12 tengah hari, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan di hadapan rumahnya ketika membawa 200 paket heroin untuk diedarkan kepada pembeli.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek ketika itu membawa sebuah kotak yang diisi dengan heroin.

"Hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki lima rekod lampau bersabit kes dadah.

"Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siastan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 2:10 PM