PEGAWAI polis menunjukkan dadah yang dirampas dan dibungkus seperti nasi kandar.
PEGAWAI polis menunjukkan dadah yang dirampas dan dibungkus seperti nasi kandar.
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Dadah nasi kandar. Itu taktik digunakan sindiket pengedaran dadah yang membungkus heroin dengan surat khabar seperti nasi kandar sebelum ia diedarkan kepada pembeli.

Taktik itu dikatakan dipercayai bagi mengaburi mata polis dan orang ramai ketika mereka membawa heroin yang siap diproses keluar dari rumah yang dijadikan makmal memproses dadah.

Bagaimanapun, kegiatan anggota sindiket terbabit ditumpaskan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri yang menyerbu sebuah pangsapuri di Sungai Pinang, di sini, petang Khamis lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dalam serbuan jam 1.30 petang itu, polis merampas dadah jenis heroin dan syabu yang bernilai RM5 juta.

Beliau berkata, ahli sindiket terbabit menggunakan taktik ‘tradisional’ dengan membungkus dadah seperti bungkusan nasi kandar sebelum diedarkan kepada pembeli.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 6:49 AM