MOHD Haki (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas. FOTO Nazdy Harun
MOHD Haki (kiri) menunjukkan barang kes yang dirampas. FOTO Nazdy Harun
Nazdy Harun


Hulu Terengganu: Lelaki disyaki menjual dadah kepada pekerja rumah bot di Tasik Kenyir ditahan dalam serbuan polis di sini, semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Hulu Terengganu di Jeti Tok Lawit, kira-kira 11 pagi..

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, pemeriksaan terhadap lelaki berasal dari Permaisuri itu menemui 19 biji pil kuda dan dua botol plastik lutsinar berisi serbuk putih dipercayai heroin.

Menurutnya, pil dan heroin yang dirampas itu bernilai antara RM6,000 hingga RM8,000.

"Lelaki berkenaan direman sehingga 5 September ini dan ditahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 4:42 PM