Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus menurun kepada 812 orang ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) hingga 7 malam ini berbanding 884 orang 10 pagi tadi.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Kemaman mencatat daerah tertinggi dengan 419 orang daripada 110 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Dungun mencatatkan 343 orang daripada 104 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Besut, 32 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Di Kuala Terengganu, 18 orang daripada empat keluarga ditempatkan di satu PPS manakala tiga lagi PPS di Marang, Setiu dan Hulu Terengganu ditutup sepenuhnya semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Disember 2014 @ 7:42 PM