PENDUDUK mengharungi banjir untuk ke jalan utama dari rumahnya di Kampung Pak Keral, berikuatan air mula memasuki beberapa kampung di Pengkalan Kubor, Tumpat. FOTO Syamsi Suhaimi
PENDUDUK mengharungi banjir untuk ke jalan utama dari rumahnya di Kampung Pak Keral, berikuatan air mula memasuki beberapa kampung di Pengkalan Kubor, Tumpat. FOTO Syamsi Suhaimi

Oleh Maiamalina dan Zatul Iffah Zolkiply

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir Kelantan di Pusat Pemindahan Banjir Sementara (PPBS) meningkat kepada 19,645 orang berbanding 18,246 orang pada tengah malam tadi.

Sekurang-kurangnya empat 4 PPBS baru dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 86 PPBS kini beroperasi di tujuh jajahan.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di meningkat kepada 8,794 orang hingga 10 pagi tadi, berbanding 8,374 orang, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Kesemua mangsa banjir terdiri daripada 2,561 keluarga ditempatkan di 122 pusat pemindahan berbanding 2,417 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu, Besut mencatat daerah tertinggi mangsa banjir dengan 3,226 orang daripada 1,009 keluarga ditempatkan di 45 pusat pemindahan.

Dungun mencatatkan 2,302 orang daripada 622 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara di Kemaman, seramai 1,925 orang daripada 519 keluarga ditempatkan di 18 pusat pemindahan.

Di Hulu Terengganu, seramai 1,072 orang daripada 342 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan manakala di Setiu seramai 205 orang daripada 51 keluarga ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

Di Kuala Terengganu, tiga pusat pemindahan dibuka menempatkan 43 orang daripada 11 keluarga manakala 21 orang daripada tujuh keluarga di tempatkan di satu pusat pemindahan di Marang.

Beberapa jalan utama ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Ibok dan Jalan Air Putih-Seberang Tayor di Kemaman, Jalan Seberang Jertih ke sempadan Kelantan dan Jalan Pengkalan Merbau/Pelong di Setiu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Disember 2014 @ 5:41 PM