JENTOLAK digunakan bagi membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kompleks, Gong Badak, semalam.
JENTOLAK digunakan bagi membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Kompleks, Gong Badak, semalam.
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 2,543 mangsa membabitkan 637 keluarga berbanding hanya 141 orang daripada 31 keluarga kelmarin, walaupun keadaan cuaca baik di beberapa daerah di negeri ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Terengganu berkata, sehingga jam 6 petang semalam, semua mangsa kini ditempatkan di 16 pusat pemindahan di empat daerah iaitu Besut, Kuala Terengganu, Marang dan Setiu berbanding hanya tiga pusat pemindahan kelmarin.

Katanya, Kuala Terengganu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,704 mangsa membabitkan 435 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan berbanding hanya 67 mangsa daripada 16 keluarga.

“Di Marang, jumlah mangsa banjir turut meningkat apabila mencatatkan jumlah mangsa seramai 8,18 mangsa membabitkan 196 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Rusila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payong berbanding hanya 74 mangsa (15 keluarga) di satu pusat pemindahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:22 AM