Operasi bersepadu di Tol Sungai Besi, malam tadi. FOTO Yazit Razali

Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Lebih 3,000 saman dikeluarkan sepanjang tempoh dua jam Operasi Bersepadu Trafik di lima lokasi di sini, Johor, Kedah, Pahang dan Perak yang bermula pada 10 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasa Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kebanyakkan saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan melebihi had laju.

"Daripada jumlah itu, 1,115 saman dikeluarkan kerana kesalahan melebihi had laju, manakala selebihnya membabitkan kesalahan lebih had muatan, tiada lesen memandu dan lain-lain.

"Kami menahan 24 pemandu bas dan lori kerana didapati positif dadah, selain 29 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)," katanya pada sidang media di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Seramai 193 anggota yang terdiri daripada JSPT, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan PLUS terbabit dalam operasi berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2016 @ 4:10 AM