Nor Akmar Samudin


Khabarnya, bintang antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh akan berlakon di Bollywood.

Bagaimanapun, filem yang akan membabitkan pelakon filem Crouching Tiger, Hidden Dragon dan James Bond- Tomorrow Never Dies itu belum diberi judul.

Michelle yang juga peminat filem Hindi dan meminati Aamir Khan akan berlakon filem aksi yang sinonim dengannya.

“Saya merancang berlakon di Bollywood dalam filem aksi. Ia juga semestinya ada babak menari kerana ia adalah satu kemestian dalam industri filem Bollywood. Saya juga tiada masalah untuk menari,” katanya kepada wartawan di India ketika menghadiri satu festival di negara itu.

Menurutnya, filem itu mengenai keluarga India dan Cina.

“Dalam dunia realiti pun, kita hidup berjiran walaupun berbeza budaya. Apa yang akan ditonjolkan dalam filem itu nanti ialah dua bangsa ini boleh hidup bersama-sama dengan aman,” katanya.

Namun, aktres itu tidak mahu mendedahkan keseluruhan jalan ceritanya.

Pada masa sama, Michelle juga beritahu dia amat berminat untuk bekerja dengan Aamir Khan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 September 2016 @ 7:49 AM