GARISAN tebal melintang dengan pelbagai ton hijau sesuai untuk bayi lelaki mahupun perempuan.
GARISAN tebal melintang dengan pelbagai ton hijau sesuai untuk bayi lelaki mahupun perempuan.
 PILIH warna pelengkap sesuai yang mampu menonjolkan zon istimewa untuk bayi dalam bilik tidur anda.
PILIH warna pelengkap sesuai yang mampu menonjolkan zon istimewa untuk bayi dalam bilik tidur anda.
 GUNAKAN almari pakaian atau ruang almari sebagai tempat menukar lampin bayi bagi memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik tidur anda.
GUNAKAN almari pakaian atau ruang almari sebagai tempat menukar lampin bayi bagi memaksimumkan penggunaan ruang dalam bilik tidur anda.
Nor Hanisah Kamaruzaman


Keterujaan menerima kelahiran bayi pasti membuatkan ibu bapa buntu mencari rumah lebih besar dan selesa selain sibuk menghias bilik khusus untuk si kecil.

Mengikut kajian Akzonobel, lebih 17 peratus ibu bapa mengubah ruang kecil dalam bilik tidur mereka sebagai ruang tidur bayi jika tiada ruang lain. Satu dalam 10 ibu bapa pula berkongsi bilik dengan anak mereka.

Akzonobel menerusi Dulux PureAir baru-baru ini dipilih sebagai Produk Tahunan 2016/2017 untuk produk paling inovatif dalam kategori cat di negara ini.

Dulux PureAir adalah produk cat rendah Sebatian Organik Meruap atau Volatile Organic Compund (VOC) dan kemasan rendah kilauan yang berkualiti selain penahan kulat, kulapuk serta antibakteria.

Ia juga mampu meneutralkan formaldehid iaitu sejenis gas kimia tidak berwarna dan berbau kuat yang biasanya digunakan dalam pembuatan kimia dan mengurangkan jumlah VOC di udara. Ia membuatkan udara di dalam rumah segar seperti udara luar.

Itulah yang menyebabkan Dulux PureAir antara cat sesuai digunakan sama ada di taska atau rumah jagaan kanak-kanak dan bilik tidur mahu pun bilik mainan kanak-kanak.

Berikut beberapa tip dan cara menghias sebahagian ruang kecil di dalam bilik anda yang pasti membuatkan si kecil teruja:

1. Berkongsi dengan adik-beradik

Jika bayi berkongsi bilik dengan adik-beradik yang lebih berusia, pastikan pelbagai warna dan corak digunakan bagi mewujudkan ruang yang tidak lapuk dek zaman. Garisan tebal melintang dan pelbagai tona warna hijau sesuai sama ada untuk bayi lelaki atau perempuan.

Garisan menegak pelbagai warna pula pilihan tepat untuk adik-beradik yang lebih berusia. Selain itu, anda juga boleh wujudkan zon tidur khas menggunakan corak atau warna berbeza bagi setiap sudut ruang dalam bilik berkenaan. Corak dot berwarna pastel pasti menarik untuk zon tidur bayi sementara warna terang sesuai untuk anak kecil atau yang lebih berusia.

2. Cat sudut nurseri selesa

Jika anda tinggal di rumah dengan satu kamar tidur, mencipta sudut nurseri semestinya cara terbaik untuk menggunakan ruang yang ada untuk keselesaan bayi. Pertama, kemas bilik tidur itu bagi mengelak ia kelihatan berselerak dan minimumkan penggunaan ruang supaya anda mampu membuat penilaian tepat. Jika mampu, susun katil bertentangan dinding.

Apabila selesai menyusun, pilih warna pelengkap yang mampu menonjolkan zon istimewa untuk bayi anda. Pilihan terbaik ialah memilih tona warna hangat seperti oatmeal untuk keseluruhan bilik tidur dan lengkapkan dengan warna terang pada dinding tempat tidur bayi.

Warna lavender antara yang serba boleh dan mampu menenangkan bayi selain membuatkan ruang dalam bilik lebih sofistikated.

3. Manfaatkan ruang simpanan dengan bijak

Lebih baik jika anda menggunakan setiap sudut dalam rumah sebagai ruang premium supaya mampu berjimat daripada membeli perabot baru setiap tahun. Untuk lebih menjimatkan, anda disaran membeli meja menukar lampin.

Pertimbangkan untuk menukar almari pakaian atau ruang almari sebagai tempat menukar lampin bayi. Anda juga boleh letakkan tikar empuk selamat di atas permukaan laci untuk penggunaan dwifungsi sebagai meja menukar lampin dan unit penyimpanan.

Cat laci dan almari untuk memadankan warna dengan sudut selesa bayi dan pilih cat yang boleh dilap bagi meringankan kerja anda jika berlaku tumpahan yang tidak dijangka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 September 2016 @ 5:12 AM