KEPELBAGAIAN warna, corak dan tekstur daripada fabrik mampu memberi variasi dalam pemilihan tona warna tepat untuk ruang atau bilik kediaman anda.
KEPELBAGAIAN warna, corak dan tekstur daripada fabrik mampu memberi variasi dalam pemilihan tona warna tepat untuk ruang atau bilik kediaman anda.
PENGGUNAAN warna merah bukan saja merancakkan ruang makan, malah melengkapi corak berani kerusi makan.
PENGGUNAAN warna merah bukan saja merancakkan ruang makan, malah melengkapi corak berani kerusi makan.
WARNA cat dinding diinspirasi daripada kerusi yang menggunakan fabrik upholsteri biru muda.
WARNA cat dinding diinspirasi daripada kerusi yang menggunakan fabrik upholsteri biru muda.
WARNA hijau pucuk pisang untuk dinding serta warna kuning terang lampu dalam kamar tidur diinspirasi daripada warna fabrik bantal.
WARNA hijau pucuk pisang untuk dinding serta warna kuning terang lampu dalam kamar tidur diinspirasi daripada warna fabrik bantal.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Warna elemen yang mampu mewujudkan suasana serasi dalam sesuatu ruang kediaman, namun ton dan gaya bersesuaian perlu dipilih bagi menonjolkannya.

Cat pula memainkan peranan dalam sesebuah ruang. Antara cara mudah untuk memilih warna cat tepat bagi menghasilkan persekitaran segar dalam bilik ialah dengan mendapatkan ilham daripada fabrik sedia ada.

Kaedah pemilihan warna cat dinding ialah menggunakan fabrik dalam sesuatu bilik atau ruang sebagai sumber inspirasi kerana fabrik bukan saja mempunyai pelbagai warna, malah corak dan tekstur.

Sama ada warna fabrik yang membaluti kerusi antik di ruang makan, corak tenunan pada permaidani di ruang tamu atau warna juraian manik menghiasi bantal tidur, ia pasti memberi inspirasi dalam memilih tona warna cat bersesuaian.

Berikutan itu, Akzonobel (Dulux) memperkenalkan Dulux Ambiance iaitu cat yang dihasilkan berdasarkan formulasi terkini yang menawarkan penyelesaian hiasan dinding selain membantu pemilik kediaman merealisasikan ilham masing-masing.

Berikut beberapa tip yang boleh diikuti bagi mencetuskan suasana harmoni dalam ruang kediaman.

1. Cipta ketenangan kamar tidur dengan warna hijau pucuk pisang

Penggunaan tona hijau permulaan terbaik untuk mendapatkan persekitaran nyaman kerana bilik tidur sumber ketenangan kepada pemilik kediaman.

Dinding berwarna hijau pucuk pisang dalam bilik diserlahkan lagi dengan penggunaan lampu kuning terang bagi menghasilkan suasana nyaman dan selesa.

Pelbagai tona kuning lain boleh diterapkan pada hiasan dinding dan cadar bertujuan menonjolkan lagi skim warna yang digunakan. Gabungan warna hijau dan kuning terang diilhamkan daripada warna fabrik yang terdapat pada bantal.

Bagi kemasan akhir yang sempurna, Dulux Ambiance Velvet Gold dicipta berdasarkan inspirasi daripada fabrik licin dan berkilat sesuai untuk menambah seri dan kecantikan bilik tidur.

2. Hidupkan semula ruang menggunakan corak berani

Corak dan warna garang padanan sesuai untuk menghidupkan sesuatu ruang kerana ia bukan saja mewujudkan suasana menyenangkan, malah menaikkan semangat.

Penggunaan krim jingga kekuningan sebagai warna utama dinding boleh mewujudkan suasana ceria di ruang berkenaan.

Cetakan berani dan warna garang pula menambah dimensi bagi ruang selain mencetuskan tarikan visual manakala kerusi berjalur merah dan putih memberikan warna berbeza bagi mengelak ruang kelihatan suram.

Cetakan corak putih dan kelabu pada dinding diilhamkan daripada fabrik yang terdapat pada boneka pakaian di ruang berkenaan.

Dulux Ambiance Velvet Gold diilhamkan daripada kilauan cahaya menambahkan elemen penuh glamor sekali gus memberikan kesan istimewa untuk kemasan akhir yang sempurna.

3. Rancakkan ruang makan dengan warna merah

Warna merah gelap raspberi pada dinding diinspirasi daripada corak berani dan ceria daripada kerusi makan bertema kedesaan.

Warna dinding dan corak kerusi saling melengkapi satu sama lain. Jika warna dinding dipilih ialah putih atau hijau cair, suasana dalam ruang makan kelihatan kelam.

Bagi mendapatkan kesan bagi kemasan akhir yang unggul, Dulux Ambiance Marble diilhamkan daripada kecantikan semula jadi batu-batan mampu menjadikan dinding sebagai fokus dalam ruang makan berkenaan.

4. Bawa ketenangan desa dalam ruang tamu

Diilhamkan daripada kerusi dengan fabrik upholsteri biru muda, warna tunggal ringkas pada dinding bilik menghasilkan ruang yang santai, aman dan tenang.

Penggunaan warna lembut dan putih yang digabungkan dengan lantai kayu cerah menjadikan ruang kelihatan luas dan berangin.

Corak bunga lembut pada bantal, lampu dan langsir menambah dimensi dan tarikan visual dan secara tidak langsung memberikan kemasan sempurna.

Penggunaan Dulux Ambiance Linen mampu menawarkan kemasan akhir memikat hati kerana ia diinspirasi daripada kain berciri semula jadi dan corak rustik khas untuk menonjolkan dinding.

Tingkatkan kreativiti serta nikmati keseronokan bermain dengan warna yang diilhamkan helaian fabrik kegemaran dalam segenap ruang kediaman.

Maklumat lanjut mengenai Dulux Ambiance, lawati www.dulux.com.my/ambiance atau hubungi Dulux Customer Careline di talian 1800 88 9338 untuk senarai lengkap pengedar sah Dulux dan Dulux Certified Painters.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Oktober 2016 @ 5:40 AM