GUNA aplikasi Dulux Visualizer dan cuba pelbagai jenis tona warna Jalur Gemilang yang dapat dipadankan dengan hiasan sedia ada.
GUNA aplikasi Dulux Visualizer dan cuba pelbagai jenis tona warna Jalur Gemilang yang dapat dipadankan dengan hiasan sedia ada.
TONJOLKAN keberanian dan keyakinan melalui pemilihan warna merah dengan tona dan spektrum yang diminati.
TONJOLKAN keberanian dan keyakinan melalui pemilihan warna merah dengan tona dan spektrum yang diminati.
PILIH warna biru yang melambangkan perpaduan pada Jalur Gemilang yang ternyata serba boleh dengan pelbagai konsep dan gaya.
PILIH warna biru yang melambangkan perpaduan pada Jalur Gemilang yang ternyata serba boleh dengan pelbagai konsep dan gaya.
WARNA kuning yang melambangkan kedaulatan diraja mampu menzahirkan suasana tenang pada ruang kediaman.
WARNA kuning yang melambangkan kedaulatan diraja mampu menzahirkan suasana tenang pada ruang kediaman.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Hari Malaysia adalah antara tarikh penting bagi negara kerana menandakan penggabungan negeri-negeri di seluruh Malaysia.

Jalur Gemilang pula menjadi lambang kebanggaan rakyat Malaysia.

Menyelitkan empat warna Jalur Gemilang pada dinding ruang kediaman bukan saja membangkitkan semangat patriotik, malah menonjolkan kelainan.

Akzonobel (Dulux) dengan aplikasi Dulux Visualizer membantu anda menukar warna dinding seperti yang diingini tanpa perlu mengubah warna serta-merta.

Aplikasi berkenaan membolehkan anda memilih tona warna cat bersesuaian pada skrin telefon pintar sebelum mengambil keputusan dengan mendapatkan warna yang betul.

1. Cetuskan elemen glamor pada ruang kediaman dengan sentuhan warna kuning

Warna yang melambangkan kedaulatan diraja pada bintang dan bulan dalam rekaan Jalur Gemilang itu mampu mewujudkan suasana tenang.

Tona warna ceria itu turut menggambarkan keseronokan selain dapat menzahirkan keceriaan pada ruang kediaman.

Guna Aplikasi Dulux Visualizer semudah sentuhan di hujung jari untuk mendapatkan tona kuning bersesuaian dengan dekorasi dan hiasan dalaman sedia ada.

Aplikasi menggunakan teknologi realiti berperantara itu bukan saja berfungsi memberi gambaran warna yang diingini malah turut bantu mendapatkan maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan.

2. Putih lambang keamanan dan kejujuran

Putih juga cukup sinonim dengan dekorasi dinding namun, kebanyakan kita lebih gemar memilih warna lain kerana menganggap putih ketinggalan zaman atau membosankan.

Aplikasi Dulux Visualizer membuktikan warna putih bukan warna membosankan kerana terdapat begitu banyak tona warna putih berbeza ditawarkan.

Tidak hairan jika warna putih sentiasa menjadi pilihan kerana ia menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur.

3. Merah membawa maksud sentimental

Warna yang membawa semangat ‘tanah tumpahnya darahku’ ini jelas menggambarkan keberanian, kehebatan dan cinta sejati kepada negara.

Pada sesetengah individu, warna merah nampak garang tapi dengan lebih 2,000 pilihan warna Dulux.

Pelbagai tona merah berbeza dapat dilihat menerusi aplikasi Visualizer supaya dapat mencari padanan sempurna untuk dinding kediaman.

Melalui aplikasi Visualizer, pemilik kediaman juga dapat melakukan apa saja dan bermain dengan imaginasi untuk mencuba semua warna yang ditawarkan.

4. Biru warna perpaduan

Warna sejuk yang menandakan kejujuran ini turut menggambarkan kesetiaan, keadilan dan perpaduan antara rakyat Malaysia.

Ia juga menjadi sesuatu yang mengagumkan untuk kediaman dan pasti dapat mewujudkan suasana kediaman yang lebih menarik serta tenang.

Takluki warna biru dengan memilih Warna Tahunan 2017 Dulux, Denim Drift (90BG 30/073 juga dikenali sebagai Smoked Grey).

Warna ini juga serta boleh dan mampu disesuaikan dengan semua jenis gaya hidup dan hiasan dalaman.

Lawati iOS App Store atau Google Play Store untuk muat turun aplikasi Dulux Visualizer.

Layari http://www.dulux.com.my atau Facebook dan Instagram Dulux Malaysia untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2017 @ 1:51 AM