APLIKASI Visualizer 3.0 membantu anda memilih cat dan gabungan warna bersesuaian dengan ciri terbaru ‘Colour Picker’.
APLIKASI Visualizer 3.0 membantu anda memilih cat dan gabungan warna bersesuaian dengan ciri terbaru ‘Colour Picker’.
PALET warna Heritage and Future menyelitkan unsur warna merah dan kontemporari.
PALET warna Heritage and Future menyelitkan unsur warna merah dan kontemporari.
KEMASAN dinding memberikan kelainan dan menambah gaya.
KEMASAN dinding memberikan kelainan dan menambah gaya.
Nor Hanisah Kamaruzaman

[email protected].

Menyambut Aidilfitri tentunya dengan berpakaian baru kerana mahu menziarahi rumah keluarga dan sanak-saudara apabila ia waktu untuk ahli keluarga berkumpul dan meluangkan masa bersama.

Sebelum itu, pada penghujung Ramadan antara aktiviti utama masyarakat kita ialah mengemas dan menghias ruang kediaman.

Mengecat rumah menjelang musim perayaan kadang kala dianggap membosankan, namun jika kena caranya ia mampu menjadi aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Keliru memilih warna sesuai perkara lumrah, apatah lagi perubahan trend warna raya yang sering bertukar setiap tahun membuatkan ramai sukar membuat pilihan warna.

Bagi mengatasi kekeliruan itu, Dulux (AkzoNobel) menyediakan ‘Dulux Trend Warna Hari Raya’ dengan menawarkan pelbagai pilihan warna dan tip bermanfaat untuk perayaan yang menjelang tiba.

1. Heritage and Future

Idea gaya ini diilhamkan daripada identiti masyarakat lampau nagi menggambarkan keyakinan untuk menghadapi masa depan. Palet warna merah diselitkan bersama warna kontemporari yang terang membawa keseimbangan untuk menggabungkan warisan dengan era terkini.

2. Words and Pictures

Bagi yang lebih gemarkan gaya grafik, pilihan Words and Pictures menawarkan gabungan warna biru dan kelabu disertai elemen perkataan atau detik indah bagi menyerlahkan ruang kosong di dalam rumah.

Seleksi ini turut bersesuaian bagi mereka yang gemarkan tona warna lembut.

3. Dark and Light

Rangkaian ini mampu membuatkan ruang kediaman dicat dengan palet warna mengenangkan waktu Subuh dan senja.

Ia sesuai untuk ruang tamu yang memerlukan suasana lebih erat sesama anggota keluarga.

4. Grid and Letting Go

Pilihan warna ini sesuai bagi mereka yang inginkan tema bebas dan abstrak kerana mengutamakan warna terang dan ceria.

Variasi dalam palet warna ini bukan saja membuatkan ruang kediaman kelihatan berseri, malah menjadikan rumah lebih terang dan mampu menawan hati tetamu.

5. Skema warna sesuai

Jika empat trend tadi kurang sesuai, lebih 2,000 skema warna ditawarkan Dulux bagi memastikan ruang kediaman dicat dengan warna bersesuaian.

Inilah masanya keluarga berkumpul untuk memilih skema warna terbaik untuk setiap ruang di rumah. Contohnya Phantom Blue untuk kamar tidur anak lelaki manakala anak perempuan mahukan warna Iced Pink untuk bilik membaca.

6. Dulux Ambiance

Inginkan kelainan dengan menonjolkan kemasan dinding sempena Aidilfitri tahun ini, gunakan cat kesan khas Dulux Ambiance bagi mencipta kreativiti.

Aplikasi Dulux Visualizer 3.0

Bagi memastikan skema atau gabungan warna dipilih bersesuaian, Dulux memperkenalkan Dulux Visualizer 3.0 iaitu aplikasi perintis menggunakan teknologi inovatif bertujuan membantu pelanggan melihat, berkongsi dan mengecat secara maya menggunakan warna pilihan mereka.

Dibangunkan untuk iOS dan Android, aplikasi ini didatangkan dengan ciri tambahan baru iaitu fungsi rakaman video yang membolehkan anda merakam dinding kediaman dan bereksperimen dengan ratusan warna cat berbeza.

Anda juga boleh memilih warna yang diingini menggunakan teknologi pintar ‘Colour Picker’ dalam aplikasi ini untuk mencuba dan memadankan warna berkenaan pada dinding dengan segera.

Melalui penggunaan teknologi canggih (penambahan realiti dan kesan visual dalam video), Visualizer 3.0 serta-merta memaparkan hasil akhir apabila sesebuah bilik atau ruang dicat menggunakan warna dipilih.

Lebih menarik, aplikasi ini membolehkan pengguna berkongsi warna dipilih menerusi video di media sosial bagi mendapatkan kepastian dan pandangan ahli keluarga serta rakan.

Maklumat lanjut berkaitan Trend Warna Dulux 2016 layari http://www.dulux.com.my atau laman Facebook Dulux Malaysia di http://www.facebook.com/DuluxMalaysia. Dulux Visualizer 3.0 kini boleh dimuat turun di Apple App Store Google Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2016 @ 5:03 AM