BAHAN-BAHANYA.
BAHAN-BAHANYA.
1. DI dalam kuali leper piza saiz sederhana, ratakan adunan tepung dan tekan perlahan bahagian tepi piza pada jarak satu inci dari tepi kuali.
1. DI dalam kuali leper piza saiz sederhana, ratakan adunan tepung dan tekan perlahan bahagian tepi piza pada jarak satu inci dari tepi kuali.
2. RATAKAN masala peratal kambing yang membentuk bulat di bahagian tengah.
2. RATAKAN masala peratal kambing yang membentuk bulat di bahagian tengah.
3. SAPU sos nanas di sekeliling masala peratal kambing.
3. SAPU sos nanas di sekeliling masala peratal kambing.
4. SUSUN kepingan ayam dengan kemas.
4. SUSUN kepingan ayam dengan kemas.
5. RATAKAN rendang ayam di sekelilingnya.
5. RATAKAN rendang ayam di sekelilingnya.
6. CAMPUR keju mozarella dan cheddar lalu tabur di atas piza.
6. CAMPUR keju mozarella dan cheddar lalu tabur di atas piza.
7. BAKAR piza pada suhu 220 darjah selsius selama lapan minit atau sehingga keju menggelegak.
7. BAKAR piza pada suhu 220 darjah selsius selama lapan minit atau sehingga keju menggelegak.
8. TABUR daun kari, kunyit dan ketumbar serta keju parmesan sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.
8. TABUR daun kari, kunyit dan ketumbar serta keju parmesan sebagai hiasan. Siap untuk dihidang.
PIZA Merdeka
PIZA Merdeka
Yusliza Yakimir Abd Talib


Perpaduan yang dikecapi rakyat berbilang bangsa di negara ini dapat dilihat bukan saja menerusi pergaulan antara satu sama lain yang penuh keharmonian malah turut berkongsi menu kegemaran setiap bangsa tanpa rasa janggal.

Menu istimewa masyarakat Melayu misalnya nasi lemak, sejak sekian lama turut menjadi kegemaran kaum lain di negara ini. Begitu juga masakan cina seperti dim sum, atau sebut saja masakan India seperti kari pasti menjadi kesukaan semua kaum.

Menyedari ikatan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini boleh dikukuhkan melalui makanan, syarikat pemakanan tenusu, Fonterra Brands Malaysia meraikan sambutan kemerdekaan melalui demonstrasi masakan bertema kemerdekaan di Shah Alam, baru-baru ini.

Demonstrasi masakan Piza Merdeka yang dicipta khas itu menampilkan resipi unik yang menyatukan pelbagai rasa Malaysia.

Berkongsi keunikan piza dihasilkan Cef Anchor Food Professionals, Noorfiruz Mohd Noor, yang menggunakan lapisan warna dan rasa berbeza di atas piza supaya semua dapat menikmati rasa kegemaran masing-masing pada setiap kepingan.

Antara perasa yang digunakan bagi mewakili setiap budaya adalah rendang ayam, ayam nanas Cina dan masala peratal kambing. Gabungan rasa popular inilah yang melambangkan perpaduan penduduk di Malaysia dalam satu negara.

Pengarah Anchor Food Professionals Linda Tan berkata, Piza Merdeka adalah cara syarikat itu meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia melalui makanan dan perisa sekali gus mewakili perjalanan pihaknya selama ini untuk menjadi sebuah negara yang bersatu padu,

Katanya, sambutan kemerdekaan ke-59 Malaysia menandakan kewujudan Fonterra Brands Malaysia selama 40 tahun di negara ini.

Dalam pada itu, Noorfiruz berkongsi resipi cara menyediakan Piza Merdeka Fonterra sempena sambutan Hari Merdeka baru-baru ini.

BAHAN

• 12 inci adunan piza segar

• 140 gram (g) keju mozarella, dicincang

• 40g keju chedda

• 12g keju Parmesan, dicincang

• 2 tangkai daun kari (digoreng rangup)

• 2 tangkai daun kunyit (dihiris halus)

• 2 tangkai daun ketumbar (dihiris) untuk dihias di atas piz

• 100g rendang ayam

• 100g masala peratal kambing

• 100g ayam nanas Cina (Hias atas boleh ditukar mengikut cita rasa)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 September 2016 @ 12:10 PM