RENDANG ayam Johor
RENDANG ayam Johor
MARIGOLD

Rendang ayam antara hidangan kegemaran ramai and menjadi luar biasa menggunakan resipi baharu Susu Sejat Marigold. Memang sedap dan mudah disediakan menggunakan resepi ini.

Rendang ayam Johor

• Masa penyediaan: 30 minit

• Masa memasak: 60 minit

• Hidangan: 4

Bahan-bahan untuk dikisar:

• 1 ekor ayam, dipotong kecil

• 4 sudu besar puri tomato

• 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD

• 2 batang serai, diketuk

• 2 helai daun limau purut

• Jus dari setengah biji lemon

• Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

• 2 sudu besar serbuk kunyit

• 1 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk dikisar:

• 3 batang serai

• 2 inci lengkuas

• 2 biji tomato

• 5 ulas bawang putih

• 3 biji bawang besar

• 4 biji buah keras

• 20 tangkai cili kering, dibuang biji

• 5 biji cili merah, dibuang biji

Bahan-bahan untuk ditumis:

• 3 biji buah pelaga

• 2 kuntum bunga lawang

• 1 batang kulit kayu manis

Bahan hiasan:

• Daun ketumbar, dicincang

• Daun bawang, dicincang

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.

2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng; goreng ayam sehingga separuh masak.

3. Dalam kuali berasingan, tumis biji buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Tambahkan puri tomato bersama-sama bahan kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam diikuti Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul rata sehingga semuanya sebati.

5. Biarkan ayam mereneh dalam kuahnya sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut dan jus lemon.

6. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tambahkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini.

7. Gaul rata sehingga semuanya sebati dan renehkan sebentar. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidang bersama nasi atau ketupat.

Krimer Sejat MARIGOLD (390g)

RAMADAN menjelang dan dapatkan koleksi resipi baharu Susu Sejat Marigold untuk anda sediakan ketika berbuka puasa. Hidangan lazat dengan kurma dan minuman segar pasti memberikan keceriaan di bulan mulia ini.
RAMADAN menjelang dan dapatkan koleksi resipi baharu Susu Sejat Marigold untuk anda sediakan ketika berbuka puasa. Hidangan lazat dengan kurma dan minuman segar pasti memberikan keceriaan di bulan mulia ini.

Terkenal dengan rasanya yang ringan, lazat dan berkrim, Krimer Sejat MARIGOLD adalah pelengkap yang sempurna untuk pencuci mulut, jus buah-buahan dan ais kacang. Ia juga sesuai untuk membuat kopi, teh dan minuman lain. Ia tanpa kolesterol dan diperkaya dengan vitamin A dan D.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mei 2017 @ 12:05 AM