Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Seramai 1,500 orang terdiri daripada penduduk tempatan dan pengunjung luar memenuhi Kampung Losong Dato Amar, di sini, bagi menyaksikan proses penyembelihan lembu jantan baka Charolais seberat satu tan.

Difahamkan, orang ramai mula memenuhi kawasan penyembelihan seawal 8 pagi tadi bagi menyaksikan penyembelihan lembu berharga RM14,000 itu.

Pengerusi Badan Ukhwah Darul Iman (BUDI), Zulfadli Hassan berkata, ini kali pertama beliau melihat orang ramai begitu teruja menyaksikan proses itu dijalankan sejak 10 tahun penubuhan BUDI yang menjalankan kerja sukarela di kampung berkenaan.

"Alhamdulillah, proses penyembelihan lembu Charolais berusia tiga tahun itu selamat dijalankan tanpa sebarang masalah 10.45 pagi tadi.

"Ketika ini, proses pembahagian daging masih dijalankan dan ia akan diagihkan kepada kira-kira 2,000 penduduk di kawasan ini," katanya.

Berita berkaitan:

Lembu korban 1,000 kilogram

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2016 @ 1:13 PM
KUALA TERENGGANU 13 SEPTEMBER 2016. Lebih kurang 1500 orang ramai hadir untuk melihat seekor lembu baka Charolais seberat satu tan berharga RM14 ribu  dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha ke dua di Kampung Losong Datuk Amar, Kuala Terengganu. NSTP/ROZAINAH ZAKARIA