EZ Qurban membantu pelaksanaan ibadah korban lebih mudah dan sistematik.
EZ Qurban membantu pelaksanaan ibadah korban lebih mudah dan sistematik.
Nurul Husna Mahmud


JALINAN kerjasama EZ Qurban Sdn Bhd dengan pengusaha ternakan lembu dilihat satu gerak kerja pintar kerana bukan hanya membantu masyarakat menjalani ibadah korban dengan mudah, malah merancakkan industri penternakan dan membantu pengusaha tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban Sdn Bhd, Ahmad Fadzlullah Hassanuddin, sehingga Mei lalu lebih 20 pengusaha ternakan lembu termasuk pemilik pusat sembelihan menerima manfaat dalam penganjuran program korban syarikat itu bersama agensi, institusi atau syarikat korporat berkaitan.

" EZ Qurban memulakan program Ibadah Korban di Malaysia pada 2020 untuk memudahkan urusan melakukan ibadah itu, selain meringankan beban umat Islam terkesan ketika pandemik Covid-19.

"Sepanjang tiga tahun program dijalankan 11 negeri sudah terbabit dengan lebih 100,000 keluarga dengan agihan 107,000 kilogram daging.

"Kami melihat program ini selain penerima daging, 20 pemilik ladang yang terbabit iaitu penternak kecil lembu dan kambing mendapat kebaikan apabila meningkatkan pendapatan mereka di musim korban," katanya.

Bagi ibadah korban tahun ini, Ahmad Fadzlullah berkata, EZ Qurban menyasarkan 1000 lembu dan 400 kambing dikorbankan untuk 100,000 penerima yang layak.

Sementara itu Pemilik Pusat Penyembelihan Swasta dan pengusaha ternakan lembu Felda Chemomoi, Bentong, Pahang, Hanafiah Mohamad mengakui kerjasama bersama EZ Qurban membantu meningkatkan pendapatan pengusaha ternakan tempatan.

"Sebelum terbabit dengan usahasama EZ Qurban, jualan lembu bagi ibadah korban sekitar 100 hingga 150 setiap tahun kerana permintaan hanya membabitkan orang perseorangan atau syarikat korporat sahaja.

"Tahun kedua dalam program EZ Qurban nyata memperlihatkan permintaan lembu untuk dikorbankan meningkat dua hingga tiga kali ganda.

"Malah, tahun ini juga dijangkalebih 300 lembu diperlukan dalam program EZ Qurban yang mana kami membuka peluang itu kepad

a rakan penternak kecil lain untuk turut serta bagi memenuhi kuota lembu diperlukan menjelang raya Aidiladha," katanya.

Hanafiah yang sudah 10 tahun terbabit dengan penternakan lembu berkata, inisiatif EZ Qurban sebagai pengendali ibadah korban profesional juga memiliki standard ketat dan ia mesti dipenuhi pengusaha.

"Saya tidak rasa standard ditetapkan EZ Qurban terhadap pengusaha ternakan lembu membebankan, sebaliknya ia membantu meningkatkan amalan dan kredib

iliti ladang ternakan serta pusat penyembelihan ke arah yang lebih baik.

"Kualiti menjadi keutamaan dalam gerak kerja baik ternakan atau sembelihan lembu supaya menepati syariah," katanya yang mengikut standard ditetapkan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Hanafiah memiliki lebih 300 lembu termasuk lembu premium atau lembu sado yang boleh mencecah 700 hingga 800 kilogram seekor.

Baka lembu dimiliki dalam empat ladang diusahakan beliau bersama adiknya, Abdul Halim Mohamad, 38, termasuk Kedah-Kelantan (KK), brahman, sado limousin, sado Belgian blue, sado charolais.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mei 2023 @ 6:57 AM