'SPIDERMAN' (empat kanan) bersama penduduk kampung membantu memegang lembu korban. FOTO ihsan Zawawi Ghazali
'SPIDERMAN' (empat kanan) bersama penduduk kampung membantu memegang lembu korban. FOTO ihsan Zawawi Ghazali
Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Bukan sahaja lembu yang bakal dikorbankan menjadi tumpuan tetapi kelibat ‘Spiderman’ turut menarik minat orang ramai di lokasi penyembelihan di Kampung Patek, Batu 11, Ketereh, hari ini.

Zawawi Ghazali, 30, yang juga pengasas Nasi Lemak Abe Spider muncul dengan mengenakan kostum adiwira, Spiderman untuk menjalankan urusan jual beli lembu yang dijualnya.

Spiderman berkenaan turut bekerjasama dengan penduduk kampung bermula dari memegang, menyembelih dan melapah lembu korban.

"Setiap kali Aidiladha, saya menerima tempahan orang ramai yang ingin membeli lembu untuk dijadikan korban.

"Kali ini, sebanyak enam ekor lembu dikorbankan dan kebanyakannya ditempah oleh sanak saudaranya," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2016 @ 4:17 PM