SAGHEER memandikan lembu pelanggan di kedainya.
SAGHEER memandikan lembu pelanggan di kedainya.
AFP

KARACHI: Selalunya pusat cuci kereta akan dipenuhi dengan kenderaan kotor yang mahu dibasuh, namun berlainan pula di sini apabila ia dipenuhi dengan haiwan korban.

Sempena perayaan Aidiladha, pusat cuci kereta milik Sheikh Sagheer tidak dipenuhi kenderaan bertayar empat sebaliknya haiwan berkaki empat.

Penduduk setempat membawa lembu, biri-biri dan kambing mereka untuk 'dimandikan' sempena ibadah korban.

Sagheer berkata, perkhidmatan mencuci haiwan sebelum perayaan Aidiladha itu mula dibuat beberapa tahun lalu selepas orang ramai melihat dia membersihkan haiwan miliknya.

Sebilangan besar haiwan berasal dari pasar besar di pinggiran Karachi, yang terkenal sebagai pasar ternak terbesar di Asia, yang dipenuhi dengan kambing, sapi, lembu dan unta.

Sagheer mengenakan caj sebanyak 100 rupee (sekitar RM2.55) untuk kerja mencuci termasuk rendaman, gosok, cuci dan bilas.

"Dalam dunia mengalami pandemik Covid-19, kebersihan adalah penting.

"Disebabkan itu saya memastikan haiwan dibersihkan dan disanitasi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2020 @ 6:30 AM