ANGGOTA polis dan JPJ negeri menjalankan pemeriksaan pada pemandu kenderaan ketika operasi bersepadu. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
ANGGOTA polis dan JPJ negeri menjalankan pemeriksaan pada pemandu kenderaan ketika operasi bersepadu. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin


Alor Gajah: Sekurang-kurangnya 315 kes membabitkan pelbagai kesalahan dikesan pada Ops Bersepadu membabitkan pelbagai agensi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Restoran Jejantas Ayer Keroh arah selatan, di sini, malam tadi.

Operasi diketuai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) itu menyaksikan 10 kompaun dikeluarkan suruhanjaya terbabit, manakala 163 tindakan saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), 14 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta lapan warga asing termasuk seorang wanita ditahan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri.

Dalam operasi terbabit, 155 pelbagai jenis kenderaan diperiksa.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, dalam operasi itu, seorang lelaki berusia 23 tahun tidahan kerana positif Methamphetamine, manakala kereta menggunakan nombor pendaftaran negeri Johor disita selepas dipercayai kereta dari negara jiran yang diklon.

Operasi diterajui SPAD selama empat jam bermula 8 malam itu, turut disertai JPJ, PDRM, JIM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), PUSPKOM dan PLUS.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 1:49 PM