Anggota JPJ memeriksa kenderaan ketika operasi pagi tadi. - Foto Ihsan JPJ
Anggota JPJ memeriksa kenderaan ketika operasi pagi tadi. - Foto Ihsan JPJ
Syahid Sokri


Alor Setar: Sebanyak 91 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah kepada penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di Jalan Kuala Kedah di sini, hari ini.

Operasi bersepadu itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), bermula 7.30 pagi sehingga 10.30 pagi tadi.

Pengarah JPJ Kedah Ismasuhaimi Shariff berkata, 34 notis saman dikeluarkan bagi kesalahan tiada lesen memandu termasuk membabitkan tiga lelaki warga Thailand, tiada cukai jalan (29), tidak memakai topi keledar (lima) dan kesalahan lain serta mengubahsuai motosikal (23).

Menurutnya, tiga lelaki warga Thailand dikenakan notis saman kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2016 @ 5:39 PM