AKSI Wee Wern (kiri) ketika berdepan Nazihah.
AKSI Wee Wern (kiri) ketika berdepan Nazihah.
Saiful Affendy Sapran

Kuala Lumpur: Low Wee Wern tidak perlu bermandi peluh untuk mara ke pentas final wanita di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia (WUSC) hari ini.

Segala-galanya selepas lawannya di separuh akhir yang juga rakan senegara, Nazihah Hanis Abdul Razak terpaksa menarik diri ketika Wee Wern mendahului 11-5, 7-5.

Kecederaan hamstring yang menimpa Nazihah menyaksikannya kemungkinan besar tidak dapat beraksi acara berpasukan, esok.

“Agak malang bagi Nazihah kerana dia mengalami kecederaan hamstring. Dia nampak bersungguh-sungguh ketika set kedua selepas saya mendominasi set pertama.

“Apapun, ia bukan cara terbaik untuk menang,” kata Wee Wern.

Pilihan pertama kejohanan itu akan bertemu wakil Hong Kong Tsz Wing Tong pada aksi final hari ini.

Sementara itu, Ivan Yuen turut mengikut jejak langkah Wee Wern apabila melangkah ke pentas final lelaki selepas menewaskan wakil Britain Joshua Masters 11-7, 12-10, 12-14, 11-5.

Ivan akan bertemu pilihan pertama kejohanan dari Hong Kong Tsz Fung Yip pada aksi final hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2016 @ 8:10 AM