AKSI pemain SAMB (kiri) pada persiapan awal sebelum Liga FAM.
AKSI pemain SAMB (kiri) pada persiapan awal sebelum Liga FAM.

Melaka: Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) berazam meraih kemenangan pada pertemuan suku akhir pertama Piala FAM berdepan FELCRA di Stadium Hang Tuah, malam ini.

Jurulatih SAMB Ramli Junit berkata, walaupun lawan adalah pasukan pilihan untuk mara ke final dan layak ke Liga Perdana musim depan, namun beliau yakin anak buahnya mampu mencipta kejutan.

Beliau berkata, apa yang penting anak buahnya berusaha meraih mata maksimum bagi memastikan SAMB selesa ke separuh akhir berikutan saingan pasti lebih sengit dan mencabar di gelanggang lawan.

Menurutnya, pemain seharusnya menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk memenangi perlawanan, selain sokongan daripada peminat dijangka memenuhi stadium malam ini.

“Tidak mustahil kami mampu layak ke separuh akhir seterusnya mara ke final, sekali gus mengulangi pencapaian cemerlang Melaka United (MU) yang muncul juara Piala FAM musim lalu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:20 AM